“Aduh!” Ilham mengaduh kecil. Kerana nak mengelakkan lecak di depannya tadi, Ilham terus aja melompat tapi dia mendarat tak kena tempat. Tak semena-mena kakinya terlanggar sebiji batu yang dia terlepas pandang. Tiba-tiba dia teringat kata orang tua-tua. Kalau ada kemalangan jadi tanpa diduga, maknanya ada orang sedang menyumpah kita! Meremang bulu roma Ilham bila terbayangkan ada orang sedang menyumpah dirinya. Siapalah yang marah sangat kat aku ni? Dia memeriksa kakinya. Mujur dia memakai kasut sport, jadi kakinya selamat dari sebarang luka. Tapi rasa sengal kerana terlangar batu itu masih terasa dihujung tapak kakinya.
Ilham meneruskan perjalanan. Dia cuba melawan rasa sakit di kakinya itu. Sampai di pintu masuk Hotel Prestige dia menarik nafas lega. Dia menghadiahkan senyuman pada petugas di depan pintu hotel itu.
Ilham melangkah masuk ke dalam hotel mewah itu. Hampir dia terpegun seketika melihat dekorasi di ruang legar hotel itu. Wah, cantiknya!!! Ternganga mulut Ilham bila melihat hiasan eksklusif itu. Hiasan dalaman memang 100 peratus berkonsepkan moden. Lobi hotel itu dihiasi perabot-perabot moden. Beberapa lukisan yang Ilham kira hasil pelukis hebat tergantung megah di dinding hotel. Dinding hotel dicat warna putih mutiara menyerlahkan lagi keindahannya. Bunga-bunga segar menghuni beberapa sudut di lobi itu.
Dia sering berurusan dengan pihak hotel malah sudah beberapa kali dia berurusan dengan hotel-hotel bertaraf lima bintang tetapi Hotel Prestige adalah yang tercantik yang pernah dilihatnya.
Tiba-tiba Ilham mendengar suara orang berdehem di belakangnya. Dia menoleh perlahan. Berdiri dihadapannya kini seorang lelaki yang agak berusia. Lelaki itu memakai sepasang suit berwarna hitam lengkap bertali leher. Di dada sebelah kirinya tersemat tag nama. Halim Zainudin. Manager. Ilham segera menghadiahkan sebuah senyuman pada lelaki itu Dia membuka zip begnya dan mengeluarkan sekeping kad lalu disuakan pada lelaki itu.
Halim mengambil kad dari tangan gadis di hadapannya lalu dibacanya kuat.
“Ilham Insyirah Arifin, Tour Guide, Layaria Travel and Tours.”
"Saya ada appointment nak jumpa dengan Encik Halim hari ni.” Ujar Ilham.
“Oh ya, ini Ilham yang call booking bilik dengan saya semalam kan? Maaflah, saya betul-betul terlupa kita ada appointment hari ni.” Kata Halim. Dia agak terkejut melihat Ilham Insyirah. Semalam ketika berbual di telefon dia bayangkan Ilham Insyirah berusia sekitar 30-an kerana gaya gadis itu berurus niaga dengannya macam orang yang punya banyak pengalaman. Dia sama sekali tidak menyangka Ilham Insyirah semuda ini.
“Maaf saya bertanya. Umur awak ni berapa?” Halim mahukan kepastian.
Ilham tersipu malu mendengar soalan itu. Sebenarnya sudah acapkali dia disoal dengan soalan itu. Masakan tidak, dengan ketinggiannya dan penampilan yang sederhana, tiada siapa akan percaya umurnya kini dua puluh enam tahun. Malah ada yang menyangka dia baru budak sekolah! Aku betul-betul kena tukar penampilan ni! getusnya dalam hati.
“Umur saya 26 tahun En. Halim. Tak apa. Semua orang yang saya jumpa memang takkan percaya bila saya bagitau saya dah 26 tahun. Encik Halim ni dah orang yang ke tiga puluh.”
Jawab Ilham dalam nada bergurau. Halim turut ketawa mendengar gurauan gadis itu.
“Baiklah, kalau macam tu mari kita ke discussion room dan teruskan urusan kita. Lagipun saya ada appointment lain lepas ni.” Pelawa Halim. Mereka berjalan beriringan ke sebuah bilik yang agak tersorok di sebalik tiang.
****
“Jadi semuanya confirm lah ya?” Tanya Halim, mengakhiri perbincangan antara dia dan Ilham.
“Confirm Encik Halim. Rombongan saya tu akan sampai 15 haribulan nanti dalam pukul 12.00. Kami akan terus ke sini dari airport nanti untuk check-in. Makan tengahari pun di sini nanti.” Ilham mengesahkan butir perbincangan mereka sekali lagi. Dalam hati dia berasa lega kerana urusannya berjalan lancar. Dia senang sekali berurusan dengan Halim yang mesra. Dia dapat merasakan kerjasama Layaria dan Prestige akan berjalan lancar.
“Saya kena akui, saya agak kagum dengan Ilham. Muda-muda begini tapi mahir juga kendalikan urusan macam ni. Kecil-kecil cili padi rupanya Ilham ni ya?” Halim memuji gadis di hadapannya.
Dia memang kagum dengan kepetahan dan keyakinan gadis itu. Jarang dia menemui gadis seusia Ilham yang mampu mengendalikan urusniga seperti tadi. Hanya dalam beberapa minit perbincangan mereka, Ilham berjaya mendapatkan harga yang berpatutan untuk Layaria. Halim sendiri tidak teragak-agak memberi diskaun kepada syarikat gadis itu kerana yakin dan percaya dengan Ilham.
“Tak de lah Encik Halim. Saya ni budak baru lagi. Banyak lagi yang perlu saya belajar untuk mahirkan diri.” Ujar Ilham merendah diri. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari Ilham walaupun dia sudah berkecimpung dalam bidang ini sejak usianya 19 tahun lagi.
“Kalau macam ni lah sikap Ilham, saya yakin sikit masa lagi, Ilham mampu bergerak sendiri.”
“Insya-Allah.” Jawab Ilham, sekadar berbasa-basi. Tapi dalam hati dia menidakkan kata-kata itu. Tak mungkin Encik Halim. Masih jauh lagi langkah aku untuk bergerak sendiri. Masih banyak hutang yang perlu dijelaskan sebelum sayap aku mampu terbuka.
Ketika Ilham sibuk memasukkan buku notanya ke dalam beg, telefon bimbit Halim berbunyi. Dia memandang nama yang tertera di skrin.
“Maaf Ilham, saya terpaksa jawab panggilan ni. Saya tak dapat nak hantar awak keluar. Kita jumpa lagi ya?” Halim menghulurkan tangannya. Ilham yang faham tentang kesibukan Halim segera menyambut salam pengurus Prestige itu lalu berjalan menuju ke pintu.
Ilham menutup pintu discussion room itu perlahan. Dia berpusing ke kanan, menuju ke arah pintu besar hotel itu. Jam ditangan dikerlingnya. Sudah hampir pukul 4.30 petang. Patutlah hotel ni ramai orang. Tea time rupanya. Ilham memerhatikan orang ramai yang berada di lobi hotel itu. Ada yang sedang duduk di set sofa yang terletak ditengah-tengah lobi hotel itu. Ada yang berada di kaunter, mungkin sedang menguruskan urusan daftar masuk atau keluar dari hotel itu. Beberapa orang kanak-kanak turut bermain kejar-kejar di lobi itu. Susun atur perabot di lobi itu yang kemas dan teratur memberi ruang kepada kanak-kanak itu berlari-lari di situ.
“Adik, abang be careful. Nanti jatuh.” Pesan seorang wanita yang sedang berdiri di kaunter.
Mungkin ibu kanak-kanak itu. Ilham hanya tersenyum melihat sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan itu terus berlari, tidak mengendahkan kata-kata wanita tadi. Di tangan salah seorang darinya ada sebiji anak patung beruang yang mengingatkan Ilham pada anak patung beruang pemberian arwah ayahnya yang menjadi teman tidurnya setiap malam.
Ilham terus melangkah ke arah pintu. Ketika pintu automatic itu baru hendak terbuka, dia mendengar suara kanak-kanak menangis. Dia menoleh ke belakang. Kanak-kanak yang memegang patung beruang tadi sudah terjatuh dan patung beruangnya sudah tercampak ke kaki tangga yang terletak di kanan Ilham.
Ilham baru hendak melangkah menuju ke arah tangga yang hanya beberapa kaki darinya bila ada sepasang tangan sudah menggapai anak patung itu. Lelaki yang baru turun dari tangga itu mengutip anak patung itu dan berjalan ke arah kanak-kanak yang sedang menangis tadi.
Ibu dan abang kanak-kanak itu kini sudah berada di samping si kecil yang sedang menangis.
Lelaki itu melutut di depan kanak-kanak itu, agar kedudukannya selaras dengan si kecil itu. Ilham cuba untuk melihat wajah lelaki tinggi segak yang memakai sut bewarna hitam itu
Dia ingin sekali melihat wajah lelaki yang pandai memujuk si kecil itu sehingga budak perempuan itu berhenti menangis. Entah kenapa susuk tubuh lelaki itu membuatkan dadanya berdebar. Sayangnya wajah itu terlindung di sebalik tubuh si abang.
Ilham menghela nafas kesal. Siapalah lelaki itu agaknya? Tanyanya dalam hati.
Dia berusaha lagi mencuri pandang ke arah lelaki itu tapi tidak berjaya. Melihatkan keadaan sudah tenang, Ilham mematikan saja niatnya untuk melihat wajah lelaki itu. Dia berpaling untuk keluar.
“Lain kali, dengar cakap mama tau.” Langkah Ilham terhenti. Dadanya berdebar kencang.
Jantungnya bagai hendak luruh ke bumi. Semangatnya bagai ditarik keluar dari tubuhnya. Darahnya seolah-olah sudah disedut keluar membuatkan tubuhnya terasa kaku dan sejuk.
“Janji dengan uncle, jangan ingkar cakap mama lagi ya?” ujar suara itu lagi. Ilham memejamkan matanya. Cuba meyakinkan dirinya itu cuma imaginasinya sahaja. Tak mungkin itu dia.
“Ingat, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh susahkan orang lain.” Tambah suara itu lagi. Buk! Jantung akhirnya gugur ke bumi. Badannya menggigil menahan rasa. “Ingat, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh susahkan orang lain.” Mendengar ayat itu membuatkan nyawa Ilham terasa melayang pergi meninggalkan tubuhnya. Ayat itu pernah di dengarnya satu ketika dahulu. Diutarakan oleh lelaki yang seringkali dia berdoa tidak akan dijumpainya lagi.
Dengan mata terpejam Ilham memaksa dirinya menoleh ke belakang. Perlahan matanya dibuka. Akhirnya dia berjaya melihat wajah lelaki yang ingin sekali dilihatnya tadi. Tapi rasa kesal bermukim di hatinya. Sumpah, jika dia tahu siapa lelaki itu dia akan segera meninggalkan hotel itu. Tapi kini kakinya bagai sudah dipahat ke lantai. Matanya terasa hangat.
Ilham tahu mukanya kini pasti pucat lesi kerana dia yakin darah dalam tubuhnya sudah habis disedut keluar rasa terkejutnya. Sepasang mata Ilham menyapa lelaki di depannya kini. Sikecil yang menangis itu kini berada di dalam dukungannya. Walaupun sedikit terhalang tapi Ilham nampak jelas wajah itu. Dia tidak perlu memandang keseluruhan wajah itu kerana hanya dengan memandang sisinya sahaja, Ilham sudah dapat mengecamnya. Masakan tidak, wajah itu sudah terukir bagaikan tattoo di dalam hatinya. Sampai mati pun dia tidak akan dapat memadamkan jauh sekali melupakan wajah itu.
Tanpa disedari air hangat mula beraja di matanya. Ilham mengetap bibir cuba menahan tangis. Bila melihat lelaki itu menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibunya, secepat kilat Ilham menyorok di sebalik dinding yang memisahkan ruang itu dengan lobi. Bimbang jika lelaki itu melihatnya di situ.
Disebalik tiang Ilham mencuri pandang ke wajah lelaki tadi. Kyriel Iskandar. Isk. Nama yang sudah tujuh tahun tidak disebut atau diingatnya. Walaupun lelaki itu terpahat dalam hatinya tapi Ilham tidak pernah mengendahkannya. Kadang-kadang bila bayang wajah lelaki itu muncul, cepat-cepat dia menepis pergi. Mengingati lelaki itu akan membawa duka dalam hatinya. Mengingati lelaki itu akan mengingatkan Ilham betapa hinanya dirinya.
Ilham menyeka air mata yang mula mengalir keluar. Stop it Ilham! Kau dah berjanji pada diri kau kau tak akan menangis lagi sebab dia!
“Ilham? Ilham Insyirah?” tiba-tiba satu suara wanita menegurnya. Ilham terkejut lalu menoleh ke tepi. Pucat lesi wajah Ilham bila melihat wajah orang yang menegurnya.
“Ilham? Ilham buat apa di sini?”
Takut jika Kyriel Iskandar mendengar namanya, Ilham segera menarik tangan gadis itu dan berlari keluar. Ilham Nazira yang terkejut dengan tindakan Ilham hanya mampu mengikut. Tanpa Ilham sedari dia sudah membawa Ilham Nazira lari jauh sehingga ke hujung jalan.
Melihatkan mereka sudah agak jauh dari kawasan hotel, Ilham Nazira menarik tangan Ilham, memintanya berhenti.
“Ilham, berhenti!” jerit Ilham Nazira. Jeritan Ilham Nazira bagai mengejutkan Ilham dari mimpinya. Dia segera berhenti dan melepaskan tangan Ilham Nazira. Dia tercungap-cungap menahan keletihan.
“Kenapa dengan awak ni? Muka awak pucat sangat. Awak sakit ke? Apa yang awak buat dekat Prestige? Awak nak lari dari siapa tadi?” Soalan bertubi-tubi Ilham Nazira melemaskan Ilham.
Dia tidak mampu menjawabnya tapi dia perlu memberitahu Ilham Nazira sesuatu kerana perbuatannya itu memang menimbulkan seribu persoalan pada siapa sahaja yang mengalaminya.
“Maaf. Saya terkejut sebenarnya tadi. Saya ternampak musuh saya, itu yang saya lari tu.” Jawab Ilham perlahan. Walaupun agak tergagap-gagap tapi dia berharap Ilham Nazira akan mempercayainya.
“La, iya ke? Awak ni menakutkan saya sungguh la!” kata Ilham Nazira kelegaan. Namun jauh disudut hatinya dia tahu cerita itu bukan cerita keseluruhannya.
“Siapa musuh awak tu? Pekerja Prestige atau pelanggan kami?” soal Ilhan Nazira lagi.
“Kami?” soal Ilham pula. Apakah Ilham Nazira merupakan kakitangan Presitge? Maknanya dia mengenali Kyriel Iskandar. Walaupun Ilham tidak tahu siapa Kyriel Iskandar di Prestige tapi hatinya kuat mengatakan Kyriel Iskandar bukan pelanggan hotel itu. Dan jika benar Kyriel Iskandar bukan pelanggan Prestige maknanya lelaki itu adalah orang penting dalam hotel itu kerana Kyriel Iskandar yang dikenalinya bukan sebarangan orang.
"Iya. Saya sebenarnya Pengurus PR di hotel tu.” Jantung Ilham direngut sekali lagi dengan berita itu. Ya Allah, kecil betul dunia ini. Kenapa aku harus bertemu dengan insan yang ada kaitan dengan dirinya lagi?
"Siapa tuan punya hotel tu, Ira?” tanya Ilham takut-takut. Dia berdoa bukan nama itu yang akan muncul dalam dari mulut Ilham Nazira.
Ilham Nazira agak pelik dengan soalan itu. Hatinya mula ada rasa kurang senang. Kenapa pula dia nak tahu semua ini?
Bila melihatkan wajah Ilham Nazira mula berubah, Ilham cepat-cepat mereka ayat yang sesuai untuk mengelakkan Ilham Nazira dari mengesyaki sesuatu.
“Bukan apa, saya saja nak tahu. Saya ada urusan tadi dengan Prestige. Lepas tu saya dapat tahu kawan baru saya pun kerja di situ. Itu yang saya nak tahu siapa tuan punya hotel itu. Mana tau, kot-kot tuan punya tu pun saya kenal!” Ilham memberikan alasan yang paling bodoh yang dapat difikirnya. Dia terpaksa bergurau begitu jika mahu Ilham Nazira berhenti mengesyakinya. Dia berpura-pura ketawa dengan harapan Ilham Nazira termakan dengan gurauannya.
Mendengar alasan itu, Ilham Nazira turut ketawa. Dia ni, suka betul buat lawak lah.
“Oh, tuan punya hotel tu ya? Hotel itu sebenarnya milik Empire Holdings Group, syarikat hartanah terkemuka tu. Pretige is one of its businesses. Sekarang ni, Prestige dikendalikan oleh anak CEO Empire, Datuk Zarith Sofea, Kyriel Iskandar Adam Abdullah. So, awak kenal ke mereka?” Ilham Nazira menerangkan panjang lebar sambil ketawa terkekeh-kekeh.
Ya, aku kenal Ira. Aku cukup kenal mereka! tapi kata-kata itu hanya berlagu dalam hatinya. Dia tidak akan sesekali memberitahu Ilham Nazira betapa dia mengenali keluarga itu.
“Hahaha..mana mungkin saya kenal golongan macam tu Ira. Siapalah saya ni nak kenal orang-orang berada macam tu...”
Ketawa Ilham Nazira terhenti. Ada nada sendu dalam suara Ilham. Dia berkecil hatikah dengan gurauan aku tu?
“Ilham, saya minta maaf. Saya tak maksudkan apa-apa dengan soalan tu.”
“Eh, jangan macam tu, Ira. Saya tak marah pun.” Ilham sikit pun tidak terasa dengan Ilham Nazira. Cuma gadis itu saja yang terlalu sensitif.
“Ira? Anything wrong?” Teguran suara seorang lelaki memecahkan kesunyian antara mereka. Dada Ilham berdebar kenacang sekali lagi. Ya Allah! Dia!
“Kyriel?!” ujar Ilham Nazira perlahan. Derapan kaki yang semakin hampir membuatkan debaran Ilham bertambah kencang. Dia perlu pergi segera. Dia belum bersedia bertemu lelaki itu!
“Err…Ira saya pergi dulu ya. Ada hal. Bye.” Ujar Ilham pantas sebelum dia mengambil langkah seribu.
"Eh…Ilham...tunggu…” Namun Ilham sudah berlari pantas meninggalkannya.
“Who’s that?” tanya Kyriel Iskandar sebaik sahaja tiba disebelah Ilham Nazira. Dia ternampak kelibat seorang gadis lari meninggalkan Ilham Nazira. Gadis itukah yang diceritakan oleh bell boynya sebentar tadi?
“Oh, itu kawan I. Eh, you buat apa kat sini?” soal Ilham Nazira. Sengaja dia tak mahu menerangkan lebih terperinci lagi siapa Ilham. Mengenangkan sikap Kyriel pagi tadi terhadap hubungannya dengan Ilham, lebih baik jika dia merahsiakan perkara itu.
“Tadi bell boy cakap dia nampak ada perempuan bawa you lari keluar. I risau kalau ada apa-apa jadi, sebab tu I cari you.”
Hati Ilham Nazira kembang mendengar nada suara Kyriel. Dalam dinginnya, masih juga lelaki itu mengambil berat tentang dirinya.
“Sayang juga you dekat I ya?” tanya Ilham Nazira separuh bergurau. Kyriel Iskandar hanya tersenyum nipis.
“Whatever it is, you are my fiancée. Memang dah tanggungjawab I jaga you. Dah lah. Let’s go back to the hotel. I ada discussion dengan Halim.” Jawab Kyriel sambil meraih tangan Ilham Nazira.
Tetapi sebelum melangkah dia menoleh sekali lagi ke arah yang diambil gadis misteri tadi. Entah kenapa dia merasakan bagai ada mata yang memerhatinya saat itu.
2 comments:
erkk..bila nk sambung ni??
tunguuuuuuuuu...heheh
Post a Comment